Friday 4 January 2013

Dear Smoker -.-"

Dear smoker,
tahukah anda rokok sgt membahayakan kesihatan?
tahukah anda nyawa anda itu sgt penting?
tahukah anda asap rokok juga membahayakan org keliling anda?
tahukah anda org yg sygkan anda sedang risaukan anda?

nak hentikan rokok tapi tak kuat?
emmm, aez bg beberapa cara untuk hindari rokok ..
insya-allah berkesan .. siapa tahu kan? :)

CARA-CARA HINDARI ROKOK :

1. Minum banyak air.Agar tetap sihat, setiap orang harus minum setidaknya 1,8 – 2,0 liter air per hari.Namun, nikotin dapat dibersihkan dari tubuh lebih cepat jika Anda minum setidaknya 2,3 liter air selama beberapa hari.

2.Selain banyak minum air, bersukan adalah cara yang bagus untuk membersihkan tubuh dari kotoran melalui peluh, termasuk nikotin.
Berjalan, joging, atau olahraga lain (seperti tenis) baik untuk membersihkan nikotin dari tubuh.
Jangan melakukan olahraga secara berlebihan kerana boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru dan jantung.

3. Banyakkan makan buah-buahan dan kurangkan memakan fast food.
Tingkat kemasaman dan vitamin dalam buah-buahan seperti jeruk dan epal supaya dapat bertindak untuk membersihkan tubuh dari nikotin.
Selain itu, kurangkan memakan makanan segera dan makanan berat untuk setidaknya beberapa hari. Makanan berat boleh diganti dengan biskut, buah, sayuran, dan makanan rendah kalori.

4.Hindari alkohol, gula, dan kopi setidaknya untuk tempoh beberapa hari supaya nikotin dapat dibersihkan secara beransur-ansur
Alkohol boleh bertindak memperlambatkan nikotin keluar dari tubuh dan menghasilkan keinginan untuk merokok kembali. 
Kurangkan alkohol, perbanyak minum air putih dan banyakkan memakan buah-buahan..


5. Cuba puasa rokok. Mulakan dengan 1 bulan pertama kemudian diikuti bulan ke 2 dan bulan ke 3. Kalau tak boleh secara mendadak cuba perlahan-lahan dgn cara mengurangkan satu atau dua batang rokok dalam sebulan kemudian tingkatkan kuantiti kurangan rokok itu dari semasa ke semasa.

6. katakan TIDAK kepada ROKOK !

7. Perlukan seseorang disampingnya untuk memberi semangat supaya berhenti merokok. Terutama lelaki memerlukan seorang perempuan/org yg disayangi menyokongnya dari belakang (org perempuan perlu bg semangat/dorongan)

8. Berikan banyak pujian dan penghargaan kpd yg hendak berhenti merokok. "hargai keputusan mereka yg ingin berhenti,rayakan mereka jika mereka berjaya tidak merokok langsung selama 2-3 minggu jika mereka berhasil".

#cara terakhir BAKAR TERUS DUIT TUU , TAYAH BELI ROKOK DAHH :D